Friday, June 5, 2009

Chedet (Tun Mahathir) akui bukan umno terlebih dahulu berjuang kemerdekaan tanah melayu....

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Limpahan kasihnya ALLAH kepada Perjuangan Islam di Tanah Melayu sekarang ini dikenali sebagai Malaysia maka terkeluarlah catatan yang agak mengharukan jika dikaji, kerana tanpa segan-silunya Chedet membuat pengakuan di dada webpagenya bukan parti umno yang terlebih dahulu memperjuangkan kemerdekaan malaysia.

Chedet ni dah 1000% nyayuk, ataukah dia baru nak terjaga dari nyanyuk kerana Dia dah pandai catat yang umno bukan lagi parti pertama di Tanah Melayu yang perjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dia dakwa parti yang pertama tentang British adalah KMM (Kesatuan Melayu Muda) dakwaan ini dibuat kerana Chedet nak sanggah yang Ching Peng dan PKM atau MCP - (Malayan Communist Party) yang mula-mula bangkit menentang British. Selepas ini kenalah DBP kena tulis semula buku sejarah Tanah Melayu kerana fakta sejarah sekarang ini sudah bersimpang-siur.

Alangkah dangkalnya Chedet ni kerana terpaksa menggelapkan fakta yang KMM tidak dapat restu penjajah dan lalu diharamkan oleh penjajah sebaliknya Chedet dakwa KMM tidak dapat restu dari Penduduk Melayu ketika itu. Bagaimana pula dengan umno? dengan muka tak malunya sepanjang era kemerdekaan Malaysia melaung-laungkan hanya umno, parti yang menentang british menuntut kemerdekaan dan dengan mudahnya diberi kemerdekaan dengan begitu mudah oleh British. Jujurkah British yang mengurniakan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan menjadikannya Malaysia tanpa sebarang kesulitan yang dihadapi oleh umno dalam menghadapi British. Kemerdekaan apakah itu???

rujuklah - http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/06/memperlekeh-perjuangan-umno.html

No comments: