Monday, October 27, 2008

Unit Amal Kuala Krau Sedia Kerjasama Dengan Polis Untuk Cegah Jenayah

Dalam menjalin kerjasama dengan pihak keselamatan untuk membenteras jenayah,pihak Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama IPD Maran di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran Khamis lalu.

Pasukan Unit Amal diketuai Saudara Aris Fezul Ismail disambut meriah oleh Ketua Polis Daerah Maran ,Tuan Ahmad Johari dan pegawai yang lain.


Menurut Aris,kunjungan tersebut diharap dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara anggota Unit Amal dan pihak polis.

"Memang selama ini kita banyak membantu tugas tugas polis terutama dimajlis majlis ceramah dan perhimpunan,anggota Amal akan bertugas secara sukarela menjaga lalu lintas dan keselamatan orang ramai",kata beliau.

Tambahnya lagi,kegiatan Unit Amal mendekati golongan remaja juga dapat membantu usaha pihak keselamatan untuk membendung gejala sosial di kalangan remaja.Menyedari masalah sosial dikalangan remaja semakin meruncing,pihak Unit Amal bersedia berkerjasama dengan semua pihak termasuk polis untuk sama sama membantu mengurangkan masalah jenayah yang melibatkan golongan remaja.

Dalam kunjungan sempena program Mesra Rakyat pagi tadi,Unit Amal berpeluang menyaksikan Demontrasi Cegah Jenayah Ragut yang dipersembahkan oleh pegawai pegawai polis dari IPD Maran.Berbagai pameran juga turut diadakan.Hadir sama di program tersebut Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuala Krau saudara Engku Nurzaman Engku Mohammad,Pengerusi PKR Bahagian Maran saudara Bostamin,pelajar-pelajar PASTI ,pelajar sekolah,guru guru dan orang ramai .(http://tukulbesi.blogspot.com/

Thursday, October 23, 2008

BERSIAP MENGHADAPI BANJIR

SDR JOHARI ABDUL WAHID
( SETIAUSAHA JABATAN AMAL PAHANG )

Setiausaha Jabatan amal Negeri Pahang mengingatkan kepada seluruh Jawatankuasa Penyelaras Amal Kawasan-kawasan supaya bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh yang berkemungkinan berlaku pada bulan November ini.

Amal negeri Pahang yang akan bermesyuarat pada 2 Nov 2008 di Kerdau turut membincangkan penyelarasan misi kemanusiaan bantuan kepada mangsa banjir sebagai persiapan awal.

Pada malam tersebut juga, akan diadakan satu ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Yb Dato' Sri Presiden Pas Pusat.

PROGRAM UNIT AMAL BERSAMA PERANTAU DI TERMINAL BAS KUANTAN





KUANTAN: Unit Amal Pahang dengan kerjasama PAS kawasan Kuantan telah mengadakan satu program sumbangan Hari Raya Aidil Fitri kepada lebih 1000 "anak rantau" yang balik ke Pahang. Program diadakan selama dua hari iaitu 27 Sept dan 28 Sept 2008. Seramai lebih 40 orang Unit Amal dan Nisa Pahang telah menjayakan program selama dua hari itu. Ia dimulakan pada pukul 10.00 malam dan berakhir sekitar jam 1.30 pagi.

Sambutan yang diberikan oleh semua penumpang amatlah menggalakkan dan ternyata ia memberi manfaat yang berguna kepada mereka di sepanjang perjalanan. Menurut Yang Di Pertua PAS Kawasan merangkap Pengarah Unit Amal Negeri Pahang, Ustaz Rosli Bin Abdul Jabar berkata "Program ini adalah acara tahunan dan telah diadakan semenjak 3 tahun yang lalu. Kesemua syarikat bas termasuk JPJ dan pihak polis yang bertugas di sekitar memberikan kerjasama yang baik atas usaha yang dilakukan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Unit Amal dan Nisa yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan program ini. Saya juga mengharapkan semoga program ini akan terus berkekalan pada tahun-tahun akan datang" katanya.Program berkenaan telah diadakan di Terminal Makmur dan melibatkan hampir kesemua syarikat bas ekpress utama. Sumbangan yang disampaikan adalah berbentuk air minuman, kuih raya, risalah dan bahan-bahan peringatan berupa doa dan sebagainya.

Acara turut diserikan dengan bacaan doa musafir yang diadakan didalam bas sebelum bertolak.Disamping itu beliau turut berharap agar semua "perantau" selamat pulang dan sampai ke destinasi masing-masing untuk pulang berhari raya bersama keluarga. Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh pimpinan PAS semua peringkat.





ORGANISASI AMAL PAHANG




UST ROSLI B. ABDUL JABBAR
( PENGARAH AMAL PAHANG)
MA'AHAD TAHFIZ DARUL FIKRI
KG SRI DAMAI,25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL: 019-9392134

MOHAMAD B. MD SAAD
( TIMB. PENGARAH AMAL 1 )
NO 6 JALAN TJ 1,TAMAN TEMERLOH JAYA
28000 TEMERLOH PAHANG
NO TEL : 019-9825916
SUHAIMI B. HASSAN
(TIMB. PENGARAH AMAL 2)
NO 6, JLN TJ 1,TAMAN TEMERLOH JAYA,
28000 TEMERLOH PAHANG
NO TEL : 019-9825916

UST. SHARUDDIN B. MUHAMMAD
( TIMB. PENGARAH AMAL 3 )
KB 63 KAMPUNG BELUKAR
BT 4 JALAN GAMBANG,
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL : 0139191721
NASARUDDIN B. ALI
( TIMB. PENGARAH AMAL 4 )
D-49 KG BOHOR BHARU
28040 TEMERLOH PAHANG
NO TEL: 019-9186940

JOHARI B. ABDUL WAHID
( SETIAUSAHA AMAL PAHANG )
NO 143, LORONG LENGKOK KIRI,
TANAH PUTIH BARU
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL : 019-9844767

SULONG B JAAFAR

( PENOLONG SETIAUSAHA)
PTK 66 KG KUARNIA BATU 3
JALAN GAMBANG,
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL: 0139094887

ANUAR B. HJ OMAR
( BENDAHARI )
A 205 KG SELAMAT,
25050 KUANTAN PAHANG
NO TEL : 013-9777089


ABDUL AZIZ B. KAMALI
( ALP AMAL PAHANG )
CH 61 KG BARU BATU 3, JALAN GAMBANG
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL: 019-9899969

UST. FADHLI B. IBRAHIM
( PENGARAH TARBIYYAH )
PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUUR
DJ-144 KG KUALA PENUR,
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL : 019-9111163

MOKHTAR B. ADNAN
( PENGARAH PENERANGAN & PENERBITAN )
NO 18, KM 11 DESA JAYA,
JALAN KARAK MENTAKAB,
28400 MENTAKAB PAHANG
NO TEL : 019-9982796

NAWI B. ABDULLAH
( PENG. SUKAN & REKREASI )
4/11159 KG KURNIA BATU 3, JALAN GAMBANG
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL: 013-9303017

SAFARUL B. MOHD YUSOP
( PENG. KORIKULUM & LATIHAN )
NO 4 C, LOT 54238 KG LUBUK PUYU
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL: 012-9613364

AKHWAN AFANDI B. ZULKIFLI
( PENG. MOTIVASI & KAUNSELING )
B 32 TINGKAT 1,
TAMAN KG PADANG JAYA, JLN SG LEMBING
25200 KUANTAN PAHANG
NO TEL :019-9680474

SAJERI B. JENEMUN
( PENGARAH LOGOSTIK )
NO 54, LORONG 8 TMN KG PADANG JAYA,
JLN SG LEMBING,
25200 KUANTAN PAHANG
NO TEL : 013-9344568

UST. MOHD ZAIDI B. MUSTAFFA
( ALP AMAL PAHANG )
MA'AHAD TAHFIZ DARUL FIKRI
KG SRI DAMAI,
25150 KUANTAN PAHANG
NO TEL : 013-9725156

ABDUL RAHMAN B. MAT ALI
( PENGARAH KEMAHIRAN )
KLINIK PERGIGIAN PERDANA,
BANGUNAN LKNP
27600 RAUB PAHANG
NO TEL :019-9765772
TG MAZLAN B. NIK MUSTAFFA
( ALP AMAL PAHANG )
NO 8, LORONG 7 TAMAN ALAMANDA
27000 JERANTUT PAHANG
NO TEL: 019-9414492

ABU STAMAM B. AWANG
( ALP AMAL PAHANG )
NO 99 KG KUALA TRIANG,
28200 MENGKARAK,
TEMERLOH PAHANG
N0 TEL: 019-9265684

KHAIRUL FATHI B. MAT ALI
( TUGAS-TUGAS KHAS )
NO 437-B KUARTERS JKR KETARI
28700 BENTONG PAHANG
NO TEL: 013-9097867

Saturday, October 18, 2008

SEJARAH UNIT AMAL

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.
Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat. Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan. Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005. Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.
Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.
Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.