Wednesday, July 22, 2009

JAMBORI AMAL NEGERI PAHANG KALI KE 12

Salam Amal...
Tahniah kepada Anit Amal Malaysia Kawasan-Kawasan yang menghantar Kontinjen ke Jambori kali ini terutama kepada Unit Amal Malaysia Kawasan Temerloh yang dapat menghantar peserta teramai dan juga dapat membolot Kontinjen Amal Kawasan terbaik bagi Jambori Amal Negeri Pahang Kali ke 12 ini. Semoga berlalunya Jambori kali ini membuahkan hasil yang lumayan kepada Amal Negeri Pahang.


Terimakasih tidak terhingga kepada Amal Kawasan Lipis dan Cameron Highland yang menjadi tuan rumah terpaksa bertungkus-lumus membantu urusetia menjayakan Jambori ini. Terlalu banyak kemanisan yang dapat dicicip dari puncak Cameron Highland oleh peserta-peserta Jambori ini.


AL-'AMALULILLAH!!!

Sunday, July 19, 2009

FIKRAH KEMANUSIAN PEMUDA GERAKAN MALAYSIA


SEGALA PUJI HANYA MILIK ALLAH SUBHA NAHU WA TA'ALA lantaran Pemuda Gerakan Malaysia menyatakan hasrat pendirian mereka untuk bersama-sama turun menghadapi Penguasa Kerajaan Malaysia bagi bersama-sama menyertai Himpunan Aman Mendesak Memansuhkan Akta Zalim I.S.A. Ini menunjukkan betapa salah satu komponen daripada Kerajaan Barisan Nasional itu sama sekali mengingkari dasar yang telah sekian lama mereka bersekongkol. Perkara ini menambahkan lagi sengsara Umno yang kian hampir dijurang kehancuran. Hanya ALLAH Subha Nahu Wa Ta'ala sahaja yang tahu bilakah masanya bahtera BN yang dikemudi oleh Umno akan benar-benar karam. Telah ternyata benar kini bahtera mereka kian senget akibat kebocoran.

Jabatan Amal Negeri Pahang amat mengalu-alukan hasrat penggabungan Pemuda Gerakan dalam Himpunan GMI pada awal Ogos nanti yang hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Namun begitu kami mengharapkan hasrat mereka ini benar-benar tulus tanpa tersirat sebarang agenda disebaliknya melainkan semata-mata ingin menegakkan kebenaran di Tanah Air yang sama-sama kita diami ini. Dengan maksud ini juga kami mengharapkan pada hari himpunan aman tersebut, Pemuda Gerakan dapat memperlihatkan identiti parti mereka yang mampu disaksikan tanpa kesangsian oleh dunia bagi merealisasikan kehadiran mereka. Tuntutan ini adalah untuk kebaikan bersama dengan niat untuk menutup segenap pintu kezaliman.

Himpunan aman kali ini juga kami benar-benar mengharapkan dapat dijalankan dengan aman dan harmoni tanpa campur tangan politik dan gangguan pihak berkuasa. Setiap siri penganjuran Himpunan Aman yang lepas sentiasa dinoda dan dicabul oleh pihak yang berkuasa tanpa rasa malu kerana menghadapi rakyat yang berhimpun menuntut keadilan tanpa belas kasihan sedangkan rakyat yang hadir tanpa membawa sebarang senjata yang mampu mengancam keamanan negara melainkan batang tubuh yang lemah. Apakah tindakan-tindakan pihak berkuasa yang mengeksploitasi kelemahan rakyat begitu wajar layanannya? Sudah tiba masanya pihak berkuasa tidak "double standard" dalam sebuah negara demokrasi. Pihak Kerajaan dan Pihak Berkuasa Malaysia sewajarnya berterima kasih kepada golongan rakyat marhaen yang telah sekian lama memperjuangan hak asasi kemanusian semua pihak tidak mengira apa status sosio sesuatu pihak. Kami bagi pihak Unit Amal Malaysia amat bersimpati dengan pihak berkuasa yang bergelar anggota polis kerana bertindak-tanduk dibawah cengkaman pihak kerajaan demi sesuap nasi. Mungkin selepas siri GMI ini rakyat marhaen perlu berhimpun secara aman menggadai masa, tenaga dan wang ringgit untuk membela nasib institusi keselamatan negara terutama institusi polis yang dieksploitasi oleh pihak kerajaan. Semoga Malaysia kearah sifar kezaliman satu persatu. WaLLAHU A'Lam.

Monday, July 13, 2009

Korban Perjuangan




















Salam perjuangan...

Jabatan Amal Pahang menyeru sahabat-sahabat daripada Unit Amal Malaysia Negeri Pahang, melapor diri kepada Jabatan Amal Pahang atau Unit Amal Malaysia Kawasan masing-masing. Setiap negeri diminta dapat menghantar petugas-petugas Amal seramai mungkin, sekurang-kurangnya seratus pestugas. Oleh itu sayugialah aktivis amal bersiap-sedia memberi komitmen dalam menjayakan tuntutan kita terlaksana.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!! Ayuh kita tentang kezaliman habis-habisan!

Friday, July 10, 2009

Jambori Amal Pahang

Salam Amal & Salam Perjuangan.

Jabatan Amal Negeri Pahang akan mengadakan Jambori Amal Tahunan Kali Ke-12 pada 17 hingga 19 Julai 2009 bertempat di Jabatan Hutan Raub dan Cameron Highland, Tanah Rata.

Jabatan Amal Pahang mengharapkan Unit Amal Kawasan-Kawasan dapat menghantar peserta seramai mungkin untuk memaksimumkan pencapaian matlamat Jabatan Amal Pahang.