Sunday, November 30, 2008

MALAM KEBUDAYAAN PAS PAHANG MERIAH


DHIF KEHORMAT, DARI KANAN: RAMOO (Pengerusi Hindu Sanggam Semalaysia), YAB TUANGURU NIK ABDUL AZIZ (MB Kelantan),U.AHMAD AWANG (Naib Presiden Pas Pusat), DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN (Pesuruhjaya Pas Pahang) dan DR HAMZAH JAAFFAR (Ydp Pas Kawasan Jerantut)


YAB TUANGURU NIK ABDUL AZIZ MERASMIKAN KOMPLEKS PAS
KAWASAN JERANTUT
ANGGOTA UNIT AMAL YANG BERTUGAS DI MALAM KEBUDAYAAN
PAS PAHANG

SDR AZHAN MEMPERDENGARKAN NASYID KEPADA
PARA HADIRIN YANG HADIR

TARIAN NAGA.....NAGA MEMUNTAHKAN BANTING
MEMPERTAHAN KEPIMPINAN ULAMA'

KELAB PENYOKONG PAS JERANTUT TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN
DALAM MAJLIS TERSEBUT

PARA HADIRIN SEDANG KUSYUK MENDENGAR AMANAT YANG
DISAMPAIKAN OLEH TUANGURU
SEORANG KELAB PENYOKONG MENGHORMATI TOK GURU
DENGAN PENUH KHUSYUK

TANDA HORMAT....SEORANG KELAB PENYOKONG MEMAKAIKAN KAIN
KEPADA TUANGURU

TUANGURU SEDANG MENERIMA CEK DARI SETIAP KETUA CAWANGAN
KAWASAN JERANTUT
TARIAN NAGA DARI PARTI DAP MENTAKAB

Wednesday, November 26, 2008

ANGGOTA UNIT AMAL DITAHAN DIHIMPUNAN ANTI I.S.A, SUMBANGAN DIPERLUKAN !!!


Kuala Lumpur 24 Nov 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar) hari ini menyeru kepada semua pendokong gerakan Islam, ahli-ahli dari Pakatan Rakyat serta para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada tabung dana 'Perihatin Amal Malaysia' bagi membantu beberapa anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan dalam program ceramah sempena kempen himpunan anti ISA di Pandan Indah kelmarin.

Seruan yang dibuat melalui Setiausahanya, memohon orang ramai dapat membantu anggota Unit Amal yang ditahan itu agar dapat membuat persediaan sekiranya mereka dikenakan jaminan wang ketika menghadiri perbicaraan pada 8 & 9 Disember ini.Selain daripada membantu meringankan bebanan anggota Unit Amal yang ditahan, tabung ini juga akan digunakan untuk membantu anggota Unit Amal yang ditimpa musibah, kesempitan hidup, menyambung pelajaran dan lain-lain lagi khusus untuk kebajikan anggota-anggota Unit Amal seluruh Malaysia.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, satu program khas akan dirancang bagi melancarkan tabung dana ini dengan lebih meluas yang mana ianya akan dilancarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub.Bagi peringkat permulaan, semua Jabatan Amal negeri telah diarahkan untuk memohon sumbangan seminima RM 5.00 sebulan daripada anggota-anggota Unit Amal negeri masing-masing yang berkemampuan untuk mengisi tabung dana ini.

Sekiranya tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan, sila masukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia DPPP seperti yang tertera di sebelah.Setiap sumbangan tuan diharap dapat dimaklumkan melalui sms kepada :1) Ustaz Jamsari Marsom : 013-42981302) Mohd Hafiz Musa : 019-9817327 3) Mohd Shahraini Abu Sahid -017-8812996

Thursday, November 20, 2008

JIHAD POLITIK

( JIHAD SIYASI (POLITIK)


(Ringkasan apa yg ditulis oleh Syeikh Said Hawwa di dalam "Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan")

1 )Jihad politik di dalam Negara Islam yang adil.Negara Islam ialah Negara yang menjadikan syariat Islam sebagai asas. Ianya juga diperintah oleh seorng muslim. Jihad di dlmnya ialah dgn memberi wala’ sepenuhnya kepada pemimpin dan taat selagi mana tidak menyalahi syariat, menasihati mereka dan mempertahankan Negara tersebut.


Firman Allah Yg bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


2 )Jihad politik di dalam Negara Islam yg menyeleweng.Iaitu Negara yg masih meletakkan syariat Allah di tempat tertinggi tetapi berlaku penyelewengan2 seperti kezaliman pemimpin, fasiq dll.
Jihad didalamnya ialah dgn menasihati dan memberi teguran setiap penyelewengan yg berlaku, menjalankan amar makruf dan nahi mungkar dll.Sabda Rasulullah SAW:( إن من أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر )Maksudnya;“Sesungguhnya diantara seafdhal jihad ialah menytakan keadilan disisi sultan (penguasa) yg zalim.


3) Jihad politik didlm Negara kafir @ bukan Islam.Jihadnya ialah berusaha menjatuhkan kerajaan tersebut dan menegakkan kembali Negara Islam yg adil dgn cara yg sesuai mengikut masa, tempat dan keadaan.Kata Ustaz Said Hawwa:“Sesiapa yg tidak berpuas hati ( tidak mengakui) wajibnya jihad politik utk menjatuhkan undang-undang kafir did lm tanahair Islam, dia adalah seorang JAHIL atau SOMBONG atau PENAKUT yg tidak sanggup menanggung bebanan jihad ini.
Khairul Azmi Ismail
(
http://www.al-muqry.blogspot.com/ )