Monday, November 2, 2009

Jabatan Amal Pahang hantar wakil ke Jambori Amal Pringkat Kebangsaan di Sabak Bernam Selangor

Pintu gerbang tapak perkhemahan kontigen amal negeri Pahang di
Sg Nibong, Batu 23 Sabak Bernam Selangor.
Khemah kontigen Amal Pahang runtuh disebabkan hujan lebat.
Kontigen Pahang diketuai oleh Abdul Aziz Kamali (tidak berbaju)
bergotong royong memulihkan khemah yang runtuh
Pembarisan kontijen Amal Pahang, bersiap menghadapi cabaran.
Peserta nasyid daripada negeri Pahang

Tersergam indah...Markaz Pas Kawasan Sabak Bernam
Kontigen Amal Negeri Pahang sedang bergotong royong membersihkan
Markaz Pas Kawasan Sabak Bernam
Peserta kontigen Pahang yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali
sedang membuat persiapan terakhir sebelum berentap dengan Pasukan Negeri Kedah
Sheikh Anuar Abd Majid mengemudi pasukan pahang dalam acara
tarik tali.
Ust Nasruddin Hassan At-Tantawi sedang berucap semasa
program penutup Jambori Amal peringkat kebangsaan
Yb Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang berucap di penutup program
Jambori Amal Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kg Sungai Nibong
Sabak Bernam, Selangor
Perbarisan terakhir...anggota jabatan amal sedang mendengar amanat dari
Yb Tuanguru Presiden Pas Pusat
Sajeri Jenemun... Salah seorang veteran Kontigen Jabatan Amal Pahang
turut menyertai pembarisan Amal

Tuesday, October 27, 2009

KORBAN PERDANA MISI KEMANUSIAAN AMAL 1430 H.

Kuantan - Pengarah Urusetia korban Perdana Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Pahang Ust Rosli Abdul Jabbar mengalu-alukan kepada orang ramai untuk menyertai ibadah korban / aqiqah bagi tahun 1430 H.


Menurut beliau pada tahun ini pihak urusetia korban akan melaksanakan korban pedana misi kemanusiaan di penempatan mangsa perang Mindanao, perkampungan islam di pendalaman Sabah dan Sarawak, perkampungan orang-orang asli, Selatan Thailand, kemboja dan Sri Lanka.

Pada tahun ini pihak urusetia korban mensasarkan 100 ekor lembu untuk di agihkan ke tempat-tempat diatas. Kadar bayaran bagi satu bahagian lembu ialah sebanyak RM250.00 manakala seekor kambing RM 350.00. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah korban ini bolehlah berhubung dengan :

1. Pengarah : Ust Rosli b. Abdul Jabbar - 0199392134
2. Timb. Pengarah : Nasrun Amir b. Abdullah - 0139359898
3. Setiausaha : Ust Sharuddin Muhammad - 0139191721
4. Bendahari : Johari b. Abdul Wahid - 0139844767

Bayaran penyertaan juga boleh melalui akaun maybank Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Pahang - 5560 1100 975 6 serta SMSkan maklumat anda kepada Sdr Johari Abdul Wahid di nombor 013 984 4767

Sunday, October 18, 2009

JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA 2009

JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA 2009

TEMPAT:BATU 23, KG SUNGAI NIBONG, SUNGAI BESAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH:
30hb OKT hingga 1hb NOV. 2009

Peserta : 17tahun ke atas sahaja.
(36 orang setiap kawasan)

Acara : Amal Race, Rentas Halangan, Sukan Rakyat, Keluarga Angkat,
Bolasepak, Aktiviti Kemasyarakatan, Kawad, Persembahan Artis Amal dsb.

Yuran : RM20.00 seorang (pendaftaran, makan & t-shirt)

Kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menyertai AQIQAH sempena jambori kali ini dengan menghubungi Anuar (019-388 7045) atau Mazali (019-610 1782). Harga satu bahagian RM350.00

Sila panjangkan maklumat ini kepada kawasan tuan2.

Terima kasih.

Wednesday, October 14, 2009

SUASANA HARI MENGUNDI DI PETI UNDI SUA BETONG, BAGAN PIANG


Che Mud keletihan ...selepas berjaga disepanjang malam





Gelagat penyokong -penyokong UMNO
Samseng UMNO (berbaju oren), menunjukkan isyarat lucah dan
sedikitpun tidak menghormati arahan dari pihak polis.





Wednesday, July 22, 2009

JAMBORI AMAL NEGERI PAHANG KALI KE 12

Salam Amal...
Tahniah kepada Anit Amal Malaysia Kawasan-Kawasan yang menghantar Kontinjen ke Jambori kali ini terutama kepada Unit Amal Malaysia Kawasan Temerloh yang dapat menghantar peserta teramai dan juga dapat membolot Kontinjen Amal Kawasan terbaik bagi Jambori Amal Negeri Pahang Kali ke 12 ini. Semoga berlalunya Jambori kali ini membuahkan hasil yang lumayan kepada Amal Negeri Pahang.


Terimakasih tidak terhingga kepada Amal Kawasan Lipis dan Cameron Highland yang menjadi tuan rumah terpaksa bertungkus-lumus membantu urusetia menjayakan Jambori ini. Terlalu banyak kemanisan yang dapat dicicip dari puncak Cameron Highland oleh peserta-peserta Jambori ini.


AL-'AMALULILLAH!!!

Sunday, July 19, 2009

FIKRAH KEMANUSIAN PEMUDA GERAKAN MALAYSIA


SEGALA PUJI HANYA MILIK ALLAH SUBHA NAHU WA TA'ALA lantaran Pemuda Gerakan Malaysia menyatakan hasrat pendirian mereka untuk bersama-sama turun menghadapi Penguasa Kerajaan Malaysia bagi bersama-sama menyertai Himpunan Aman Mendesak Memansuhkan Akta Zalim I.S.A. Ini menunjukkan betapa salah satu komponen daripada Kerajaan Barisan Nasional itu sama sekali mengingkari dasar yang telah sekian lama mereka bersekongkol. Perkara ini menambahkan lagi sengsara Umno yang kian hampir dijurang kehancuran. Hanya ALLAH Subha Nahu Wa Ta'ala sahaja yang tahu bilakah masanya bahtera BN yang dikemudi oleh Umno akan benar-benar karam. Telah ternyata benar kini bahtera mereka kian senget akibat kebocoran.

Jabatan Amal Negeri Pahang amat mengalu-alukan hasrat penggabungan Pemuda Gerakan dalam Himpunan GMI pada awal Ogos nanti yang hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Namun begitu kami mengharapkan hasrat mereka ini benar-benar tulus tanpa tersirat sebarang agenda disebaliknya melainkan semata-mata ingin menegakkan kebenaran di Tanah Air yang sama-sama kita diami ini. Dengan maksud ini juga kami mengharapkan pada hari himpunan aman tersebut, Pemuda Gerakan dapat memperlihatkan identiti parti mereka yang mampu disaksikan tanpa kesangsian oleh dunia bagi merealisasikan kehadiran mereka. Tuntutan ini adalah untuk kebaikan bersama dengan niat untuk menutup segenap pintu kezaliman.

Himpunan aman kali ini juga kami benar-benar mengharapkan dapat dijalankan dengan aman dan harmoni tanpa campur tangan politik dan gangguan pihak berkuasa. Setiap siri penganjuran Himpunan Aman yang lepas sentiasa dinoda dan dicabul oleh pihak yang berkuasa tanpa rasa malu kerana menghadapi rakyat yang berhimpun menuntut keadilan tanpa belas kasihan sedangkan rakyat yang hadir tanpa membawa sebarang senjata yang mampu mengancam keamanan negara melainkan batang tubuh yang lemah. Apakah tindakan-tindakan pihak berkuasa yang mengeksploitasi kelemahan rakyat begitu wajar layanannya? Sudah tiba masanya pihak berkuasa tidak "double standard" dalam sebuah negara demokrasi. Pihak Kerajaan dan Pihak Berkuasa Malaysia sewajarnya berterima kasih kepada golongan rakyat marhaen yang telah sekian lama memperjuangan hak asasi kemanusian semua pihak tidak mengira apa status sosio sesuatu pihak. Kami bagi pihak Unit Amal Malaysia amat bersimpati dengan pihak berkuasa yang bergelar anggota polis kerana bertindak-tanduk dibawah cengkaman pihak kerajaan demi sesuap nasi. Mungkin selepas siri GMI ini rakyat marhaen perlu berhimpun secara aman menggadai masa, tenaga dan wang ringgit untuk membela nasib institusi keselamatan negara terutama institusi polis yang dieksploitasi oleh pihak kerajaan. Semoga Malaysia kearah sifar kezaliman satu persatu. WaLLAHU A'Lam.

Monday, July 13, 2009

Korban Perjuangan




















Salam perjuangan...

Jabatan Amal Pahang menyeru sahabat-sahabat daripada Unit Amal Malaysia Negeri Pahang, melapor diri kepada Jabatan Amal Pahang atau Unit Amal Malaysia Kawasan masing-masing. Setiap negeri diminta dapat menghantar petugas-petugas Amal seramai mungkin, sekurang-kurangnya seratus pestugas. Oleh itu sayugialah aktivis amal bersiap-sedia memberi komitmen dalam menjayakan tuntutan kita terlaksana.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!! Ayuh kita tentang kezaliman habis-habisan!

Friday, July 10, 2009

Jambori Amal Pahang

Salam Amal & Salam Perjuangan.

Jabatan Amal Negeri Pahang akan mengadakan Jambori Amal Tahunan Kali Ke-12 pada 17 hingga 19 Julai 2009 bertempat di Jabatan Hutan Raub dan Cameron Highland, Tanah Rata.

Jabatan Amal Pahang mengharapkan Unit Amal Kawasan-Kawasan dapat menghantar peserta seramai mungkin untuk memaksimumkan pencapaian matlamat Jabatan Amal Pahang.

Monday, June 29, 2009

KEZALIMAN YANG BERPANJANGAN.



SALAM AMAL DAN SALAM PERJUANGAN.

Kapan bilakah lagi kita mesti menyaksikan kebiadapan angkara manusia menzalimi sesama sendiri. Saling berbunuhan. Yang kuat menjadi Raja. Yang lemah terus di cengkam kezaliman. Beginikah maksud daripada sebuah hadis Nabi S.A.W yang telah diriwayatkan, umat Islam yang ramai bertebaran di muka bumi menjadi hidangan santapan kaum kuffar. Betapa lemahnya umat Islam yang digambarkan dalam hadis tersebut sehingga digambarkan sebagai buih. Alangkah betapa Umat Islam kini di suatu sudut yang tidak dapat dibayangkan lagi di manakah jati iman dan taqwa mereka tanpa Daulah Islamiah. Sejarah telah membuktikan bagaimana roda kehidupan mencatatkan penganiayaan dan pembantaian ke atas umat Islam di serata dunia silih berganti. Saksikanlah kekejaman demi kekejaman yang telah berlaku dengan mata hati yang terbuka betapa umat Islam kini tidak lagi boleh berpeluk tebuh berdiam diri menyaksikan semua yang berlaku tanpa melakukan sesuatu yang mampu membantu umat yang semakin terhakis ini.

Saksikanlah bagaimana betapa hinanya umat Islam kini dihina dengan penghinaan yang tidak terperi lagi. Sehingga menjangkau ketahap yang tidak dapat dijangka lagi. Manakan tidak!!! Umat Islam yang sedang beribadat di Rumah ALLAH sanggup dibunuh dengan begitu kejam. Inikah yang didakwa Islam Terorrist? Sedangkan Islam tidak pernah menganjurkan pembunuhan sembarangan diwaktu perang. Setiap kali kita menghayati sejarah Islam dari awal zaman Islam hinggalah ke zaman salafusoleh, komander perang Islam akan berpesan kepada perajurit; "Jangan merosakkan tumbuh-tumbuhan di dalam perjalanan, jangan membunuh kanak-kanak dan perempuan, jangan membunuh peladang dan orang yang beribadat di rumah-rumah peribadatan serta jangan rosakkan rumah-rumah peribadatan". Alangkah mulianya ajaran Islam yang mengutamakan keselamatan awam, alam sekitar dan menghormati kepercayaan agama lain dengan melarang mencabul hak individu beribadat dengan cara agama masing-masing.

Namun apa yang terjadi kini umat Islam dibantai di dalam Masjid di rumah peribadatan mereka. Inikah wajah keadilan? Semoga mereka yang terbunuh ini mendapat kurnia syahid. Ameen, Ya Rabbal 'alamin.

Sunday, June 28, 2009

SAFF KEPIMPINAN PAS PAHANG SESSI 2009 - 2011


Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan barisan kabinet PAS Pahang baru-baru ini.

Antara yang dikekalkan ialah Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Yusuf Embong dan Dr Hamzah Jaafar bagi kawasan timur dan barat manakala bagi kawasan tengah Syed Hamid Mohamad dilantik menggantikan Abdul Majid Hassan.

Dalam sidang media dipejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Badan Perbubungan Negeri, Tuan Ibrahim berkata mesyuarat turut mengekalkan Roslan Zainal Ahmadi dan Musanif Abdul Rahman sebagai Setiausaha dan Bendahari PAS Pahang.

Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada muka baru, Hasanuddin Salim manakala Abdul Majid Hasan dilantik sebagai pengarah pilihan raya mengambil alih tempat Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub.

Mesyuarat juga melantik tujuh orang Ahli bagi menduduki senarai ahli jawatankuasa yang dilantik, mereka ialah Dr Abdul Wahab Ismail, Abdulah Abdul karim, Syed Muhamad Tuan Lonik, Abdullah Suhaimi Lebai Saad, Syed Abdul Rahman Al Khareed, Azizah Khatib Mat dan Alawiah Kasdan. - mks._

Saturday, June 27, 2009

FAUZI MILIKI CIRI-CIRI PAK SU WEIL

Kemaskini 1.32 PM-26/06- MANEK URAI - Calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah telah mendapat pencalonan terbanyak apabila nama beliau dicadangkan oleh sebahagian besar cawangan-cawangan dalam Kawasan Kuala Kerai.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Beliau berkata kriteria utama pemilihan Fauzi sebagai calon PAS adalah kerana Fauzi diterima oleh para pengundi Manek Urai.

”Nombor satu sekali adalah penerimaan pengundi. Oleh kerana Allahyarham Pak Su Wei sebagai wakil rakyat yang bagi saya sebagai lagenda,

”kita tidak ada lagi orang seumpama itu, saudara Fauzi ni orang Kelantan kata mempunyai ‘ciri-ciri Pak Su Wei”, tak serupa (tapi) diyakini pimpinan beliau InsyaAllah akan dapat menarik imnat pengundi-pengundi dan meneruskan perkhidmatan (arwah) Pak Su Wei,” katanya pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, semalam.

Beliau turut yakin PAS akan menang dengan selesa dengan mendapat undi melebihi majoriti yang diperolehi pada pilihanraya umum Mac, 2008.

”Menang dengan selesa dan InsyaAllah majority melebihi 1300 undi,”tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam.
(Gambar - Presiden dan Mursyidul Am PAS menjulang tangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.)Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.Pada pilihan raya umum 2008, Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi. (http://www.buletinonline.net/)

Sunday, June 14, 2009

Salamun Yaa Sheikh Fathi Yakan...


Berita kewafatan syeikh fathi Yakan

Sumber : http://akhisalman.blogspot.com

Berita kematian

Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.

Berita penafian :

Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah setelah 2 jam selepas berita kematiannya. Beritanya adalah seperti berikut:

Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.

Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.

Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.

Berita terbaru telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.

Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)

Akbar Jazeera menyatakan:

Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.

Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:

Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.

sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):

بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

Rujukan: Laman-laman web yang disebut dlm artikel dan lain-lain.

Saturday, June 13, 2009

Bijak Menangani "STRES"

STRES - Punca-Punca Stres:



* Objektif dan Struktur Organisasi yang kurang jelas.
* Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan.
* Peranan yang berkonflik.
* Tugas yang membosankan dan tidak bermakna.
* Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.
* Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal.
* Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan.
* Konflik interpersonal.
* Konflik di antara tunttan kerja dan rumah.

Langkah-Langkah Menangani Stres:

1. Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja.

* Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja.
* Berkongsi masalah dengan individu yang boleh dipercayai.

2. Praktikkan Pemikiran Yang Rasional dan Positif.

Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. Sekiranya ini berlaku;
* Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda.
* Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta.
* Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah.



3. Berkomunikasi Secara Berkesan.

* Jadilah pendengar yang baik.
* Berkomunikasi secara yang berhemat.
* Luahkan pendapat secara jelas, tepat dan tegas.
* Hormati pandangan orang lain.
* Gunakan fakta dan bukannya mengikut perasaan.

4. Tangani Kritikan Dengan Baik.

* Pastikan fikiran tidak dipengaruhi emosi apabila menerima kritikan (bertenang), Lapangkan fikiran dan tentukan apa yang boleh dipercayai.
* Terima dan ambil langkah sewajarnya apabila menerima kritikan yang bersifat membina dan benar.
* Dapatkan lebih maklumat dan betulakan tanggapan yang salah sekiranya kritikan tidak benar dan menyinggung perasaan.



5. Tangani Kemarahan Secara Berkesan Dengan Tiga Langkah Penting;

* Berhenti - Akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang.
* Berfikir - Rancang fikiran anda.
* Bertindak - Gunakan daya tindak yang berkesan.

6. Atasi Masalah Dengan Berkesan.

Jika anda menganggap sesuat boleh diubah, gunakan teknik 'IDEAL':

* I : Identify the problem (kenal pasti masalah)
* D : Describe possible options ( huraikan pilihan yang ada)
* E : Evaluate pros and cons (nilaikan akibat setiap pilihan - kelebihan dan kelemahan)
* A : Act based on the best possible action (bertindak berdasarkan pilihan yang lebih baik).
* L : Learn (belajar dan semak semula).

Sekiranya anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdo'a dan lain-lain lagi.



7. Praktikkan Pengurusan Masa Yang Berkesan.

* Akui anda hanya ada 24 jam satu hari.
* Senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan.
* Delegasikan tugas anda secara berkesan.

8. Amalkan Cara Hidup Sihat.

* Jangan tinggalkan Solat Fardhu (bagi yang Muslim)
* Sentiasa Membaca Al-Quran.
* Pengamalan pemakanan sihat.
* Bersenam selalu.
* Luangkan masa untuk beriadhah dan berekreasi.
* Tidak Merokok.

KENALI GEJALA STRES ANDA!!!

-> TINGKAH LAKU AGRESIF.
-> GELISAH DAN RISAU BERLEBIHAN.
-> SAKIT KEPALA ATAU SAKIT BADAN.
-> MINUM ARAK ATAU PENYALAH GUNAAN DADAH DAN SEBAGAINYA.
-> BERASA TIADA HARAPAN.
-> TIDAK GEMBIRA.
-> BERASA MARAH ATAU GERAM.
-> MEROKOK BERLEBIHAN.
-> KURANG TUMPUAN.
-> KECEWA.
-> KELESUAN.
-> CEPAT MARAH.
-> TIDAK DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN.
-> KURANG MINAT.
-> MASALAH TIDOR.
-> KURANG MOTIVASI.

Thursday, June 11, 2009

Bahtera Selamat.

Salam Perjuangan Kepada Barisan Hadapan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang telah diamanahkan tugas yang berat dalam mendepani siasah semasa yang semakin mencabar. Semoga Tuan-Tuan teguh dalam melayari bahtera.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.
Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.
Pada sidang itu, Tuan Gru Abdl Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.
Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Dato' Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik. Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.


AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 – 2011


PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA

NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB

NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR

KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI

KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH



AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : SDR. MAZLAN ALIMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA

SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN


PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI AHMAD DOLLAH


PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI


PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN: HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH
PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

Mukhayyam Amal.



Tahniah kepada Unit Amal Paya Besar dan Unit Amal Kuantan kerana berjaya melaksanakan Mukhayyam Amal mereka selama dua hari di Pasir Kubur, Sungai Lembing. Mukhayyam ini disertai oleh 80 walad daripada 6 Cawangan daripada Kawasan Paya Besar dan Kawasan Kuantan.



Semoga walad-walad yang menyertai mukhayyam 10-11 Jun 2009 ini menjadi anak-anak yang soleh, menabur bakti kepada keluarga, agama dan tanah air.