Monday, April 27, 2009

DI SUDUT GERABAK KEHIDUPAN

Terperosok di belakang Perumahan Seri Teruntum, disebalik pembangunan Bandaraya Kuantan, Ibu Kota Negeri Pahang, berdiri sayu singgahsana marhaen yang bergantung hidup dengan hanya mengumpul barang lusuh yang menjadi buangan tanpa mata pencarian yang terjamin buat anak dan isteri. Ukuran kediaman ini kurang lebih 10' X 10' tanpa tingkap dan bekalan asas sebagaimana perumahan disekitarnya.
Alangkah insafnya diri bila memandangkan kemajuan yang telah dicanangkan oleh UmNo BeEnd berpuloh-puloh tahun mentadbir kerajaan Malaysia. Beginikah pembelaan nasib rakyat? Merempat disebalik kemajuan yang dicanangkan!! Kediamannya hanya diterangi lampu minyak makan pada waktu malamnya, satu dapur disudut kepala tilam dan buaian anak berada betul-betul tergantung di tengah-tengah ruangan tilam.
Penghuni kediaman ini telah memeluk Islam semenjak tahun 2002 lagi dan bertambah lagi bebanan dugaan yang ditanggungnya dengan dikurniakan seorang anak menghidapi masalah jantung berlubang. Keluarga ini mermerlukan prihatin masyarakat daripada setiap segi untuk pertingkatkan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga Islam. Tuan-puan budiman sekelian boleh membantu mereka dengan disalurkan terus ke dalam Akaun ketua keluarga iaitu Mohd Ridhuan Wong Bin Abdullah. Bank Nasional (GIRO) 0610029000202431.Untuk maklumat lanjut tuan-puan boleh hubungi Ustaz Soleh Senapi 0199041525.



Tuesday, March 24, 2009

KDN OH KDN...

Nasihat kami pendokong AMAL Pahang kepada Kementerian Dalam Negeri Jangan Jadi Kaldai Tunggangan uMNo BeEnd dalam isu menggantung permit Akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Tolong bertindak secara rasional dan telus. Jangan sekat etika media. Jika benar Harakah dan Suara Keadilan mengeluarkan berita yang bercanggah dengan perundangan Negara Malaysia KDN sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya bukan menggantung permit pengeluaran. KDN boleh menyaman mana-mana pihak yang melanggar etika media atau akta perlembagaan yang telah termaktub.

Namun apa yang malang bagi rakyat Malaysia apabila KDN bertindak tidak wajar menjadi alat perkakas kepada uMNo BeEnd. Lantas itu tanggungjawab kepada Amal menggerakkan keperkasaan maklumat terus kepada rakyat. Sekiranya Harakah dan Suara Keadilan tidak lagi terjual di kedai-kedai, Amal mesti bertindak untuk melebarkan maklumat sebenar kepada rakyat. Walau macamanapun tindakan yang telah dikenakan ke atas Harakah, maklumat sebenar tidak akan terhenti. Banyak sumber-sumber maklumat alternatif yang boleh dimanfaatkan bagi merealisasikan informasi kepada rakyat.

Monday, March 23, 2009

JOM BERKHIDMAT

Unit Amal Pahang diseru untuk berkhidmat Bahagian Keselamatan dalam PRK P059 Bukit Gantang, Perak. Sahabat-Sahabat Amal Pahang boleh mendaftarkan diri untuk bertugas kepada Kawasan masing-masing dan menyalur maklumat kepada Setiausaha Jabatan Amal Negeri Pahang (Al-Fadhil Badilah 0139528043) untuk penyelarasan tugas. Sila bawa bersama pakaian Amal.

Monday, March 2, 2009

HIMPUNAN RAKYAT PERTAHAN BAHASA BANGSA


Salam Perjuangan!

Ayuh wahai anggota Unit Amal Malaysia serta rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun berbondong-bondong bersama Pimpinan dalam misi menyampaikan memorandum bantahan PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) di Istana Negara kepada Yang Dipertuan Agung pada 2.00 petang hari Sabtu, 7 Mac 2009.

Unit Amal sekali lagi dimandatkan untuk menjaga keamanan perhimpunan kali ini sebagaimana himpunan Bersih tahun lalu. Kepada Unit Amal Pahang sila lapor diri untuk bertugas kepada Setiausaha Jabatan Amal Pahang, Saudara BADILAH BIN MUDA di talian 013-9528043 dan akan berkumpul Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar pada hari Jumaat, 6 Mac 2009
pada jam 11.00 malam untuk mendapat Taklimat dan pengarahan penuh daripada Jabatan Amal Pusat.

Semoga kesediaan tuan-tuan yang bersedia meluangkan masa dan tenaga kepada perjuangan ini mendapat Rahmat dan Barokah daripada ALLAH s.w.t.

Saturday, February 7, 2009

USTAZ ROSLI ABDUL JABBAR PENGARAH UNIT AMAL PENGGAL 2009/2011

GAMBAR DISEKITAR MESYUARAT AGUNG
UNIT AMAL PAHANG






Unit Amal Negeri Pahang telah berjaya mengadakan mesyuaratnya pada 31 Jan dan 1 Feb 2009 di Sg Relau, Merapoh, Kuala Lipis. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Pengarah Amal Negeri Pahang iaitu Ustaz Rosli Abdul Jabbar.
Ustaz Rosli Abdul Jabbar sekali lagi dipilih oleh anggota Amal sebagai pengarah bagi sessi 2009/2011.Manakala Timbalan Pengarah 1,2,3 dan 4 ialah Sharuddin Muhammad (Kuantan), Nasaruddin Ali (Bera), Fadhli Ibrahim (Jerantut) dan Syarif Abdullah (Maran)
Ahli Jawatankuasanya ialah Sdr Johari Abdul Wahid, Hj Nawi Abdullah, Abdul Aziz Kamali, Azizi Jamil, Tg Mazlan Nik Mustaffa, Mohd Aidil Firdauz, Abu Stamam Awang dan Sulong Jaffar
Pada keesokan paginya diadakan mesyuarat Yayasan Amal Cawangan Pahang yang dirasmikan oleh Sdr Abdul Hamid Seman dari kelantan.

Saturday, January 3, 2009

UNIT AMAL PAYA BESAR BERMUKHAYYAM DI PANTAI PELABUHAN






KUANTAN - Unit Amal Kawasan Paya Besar telah berjaya mengadakan perkhemahan tahunannya di pantai pelabuhan pada 25 - 27 December 2008. Seramai 45 orang peserta yang hadir untuk menjayakan program ini.

Diantara pengisian program yang dijalankan ialah tazkirah dan motivasi oleh Ust Tarmizi Yahya ( Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar ) dan Ust Abu Syahid ( Exco Dewan Pemuda Pas Pahang )

Manakala aktiviti luaran yang dilakukan ialah memukat dan pertandingan bola sepak pantai. Seorang peserta program, Ishak Ahmad dari Cawangan Bukit Sagu menyarankan agar program ini akan diadakan secara berkala untuk menarik minat

JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA DPP PAHANG DAN UNIT AMAL NEGERI JAYAKAN KEM JANA JIWA AGAMA






Raub - Bersempena cuti persekolahan pihak Jabatan Amal bersama Jabatan Pembangunan Remaja Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang telah menganjurkan kem jana jiwa agama peringkat zon barat yang bertempat di Kg Ulu Sungai Raub.
Majlis perasmian kem tersebut telah disempurnakan olehal-Fadhil Ustaz Sharuddin Muhammad selaku Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Pahang. Program tersebut telah disertai oleh 65 orang pelajar lelaki yang berumur 10 - 16 tahun.
Menurut Saudara Johari Abdul Wahid, selaku Setiausaha Amal Pahang diantara objektif diadakan program kem tersebut ialah untuk melahirkan remaja yang cintakan agama serta melangsungkan kehidupan dengan berpandukan kepada ajaran islam yang sempurna. Disamping itu juga peserta diberi suntikan motivasi kearah menjadi insan yang soleh serta pelajar yang cemerlang.
Sepanjang program para peserta juga telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti slot motivasi, kuiz minda, zikir munajat, qiamullail, tazkirah serta persembahan kesenian islam.