Wednesday, December 24, 2008

KEM ANAK SOLEH-2 DPP JERANTUT DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN





(GAMBAR DISEKITAR KEM ANAK SOLEH II )
Alhamdulillah,Kem Anak Soleh II anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut telah berakhir dengan solat zohor berjemaah bersama-sama anak-anak,ibubapa dan ahli jawatankuasa program.Program ini yang menganggarkan penyertaan seramai 80 orang telah mendapat sambutan diluar jangkaan yang mana telah menerima 131 penyertaan yang melibatkan anak-anak lelaki dan perempuan dari Temerloh, Jengka dan sebahagian besarnya dari Jerantut sendiri.Penyertaan terpaksa diterima sehingga malam pertama dan hari kedua kem atas rayuan anak-anak sekitar ini.

Program ini dimuatkan dengan slot teknik-teknik hafazan al-quran dan praktikalnya telah disampaikan oleh Us. Fahlah Abd Rasyid yang merupakan salah seorang pelajar di Kuliah Syubro Mesir,selain memuatkan latihan-latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh Nisa Jerantut seramai 16 orang semata-mata untuk mengcungkil bakat-bakat peserta selain menanam rasa kebersamaan dalam jiwa peserta.

Kem ini menitikberatkan solat berjemaah,slot-slot keagamaan seperti kuliah subuh dan maghrib yang memuatkan bab-bab aqidah,akhlak dan feqah selain melatih peserta menunaikan solat sunat dhuha dan lain-lain.Pelajar turut dihidangkan dengan makanan di dalam talam sehingga perbezaan nasi dan lauk nampak ketara penambahannya berbanding malam pertama yang dihidangkan secara makan di dalam pinggan.

Pengisian jasmani tidak ditinggalkan,peserta telah menjalani aktiviti merentas desa yang yang di bimbing oleh Us arif walaupun peserta sokmo mendahuluinya.Peserta kali ini cukup bertuah kerana dapat mempelajari kawad kaki yang betul daripada seorang sir yang siap dengan pakaian lengkap seolah-olah seorang askar.

Kem ini dirasmikan penutupannya oleh us Fadli Ibrahim.Semoga usaha-usaha yang kecil ini mampu menggerakkan generasi sekarang menjadi anak yang soleh...sihat tubuh badannya,cerdik akalnya dan lunak hatinya terhadap Islam.Terima kasih kepada penderma-penderma dan semua yang terlibat di dalam menjayakan kem ini.

Thursday, December 18, 2008

KEM JANA JIWA AGAMA PERDANA (KEJAP)




(GAMBAR HIASAN)

MAKLUMAN PROGREM KEM PELAJAR SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN
ANJURAN JABATAN AMAL & JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG

KEM JANA JIWA AGAMA PERDANA(KEJAP)

TARIKH : 24 - 25 HB DISEMBER 2008.

MASA : 9.00PAGI(24) - 5.00PETANG(25)

TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN , KG ULU SUNGAI RAUB.

PENDAFTARAN : RM 5.00 SAHAJA

DIKENDALIKAN OLEH USTAZ AKHWAN AFANDI HJ ZULKIFLI

(PAKAR MOTIVASI DAN PENGHIBUR ISLAM)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:-

HJ BADARUDDIN - 019-6453617

MOHAMAD BN MD SAAD - 012 - 9662093

Wednesday, December 3, 2008

UNIT AMAL INDERA MAHKOTA GIAT PROGRAM KEBAJIKAN

Mengharap pada yang kuasa...
Sampah sarat yang diangkut dari rumah Mak Uda.
Sumbangan kebajikan juga dihulurkan. Kelihatan ketua cawangan PAS
Balok, Unit Amal dan Jawatankuasa Muslimat Cawangan sedang menyampaikan sumbangan

Ahli Amal membersihkan rumah Mak Uda
Anggota Amal Kawasan Indera Mahkota selepas bergotong royong
di rumah Mak Uda


Beginilah kehidupan mak Uda, atau nama sebenarnya Azizah Binti Tahir. Sebagai seorang ibu yang telahpun mencecah usia 66 tahun, beliau tetap tabah mengahadapi ujian Ilahi. Mak Uda terpaksa menjaga anaknya sepenuh masa dengan segala kudrat dan keringat tuanya. Anaknya yang bernama Mohammad Zulkifli Bin Abu Bakar atau lebih manja dengan panggilan Zul ini, telah ditakdirkan oleh Allah swt menghidap penyakit buta dan kencing manis

Anaknya yang kini berusia 29 tahun itu, kini tidak dapat berjalan ke sana ke mari. Ini kerana, beliau telah kehilangan sebelah kakinya, dipotong akibat daripada penyakit kencing manis itu. Jikalau dapat menggerakkan diri sekalipun, itupun terpaksa dengan cara menggesotkan tubuh badan menggunakan segala kekuatan yang ada. Selalunya, beliau juga dibantu oleh ibunya, Mak Uda. Sekali sekala, terpaksa duduk dan bergerak kesana ke mari dengan menggunakan kerusi roda,

Lebih menyedihkan, kehidupan Zul ini lebih terbeban lagi kerana ke dua dua matanya tidak dapat melihat. Menjadi buta juga akibat daripada penyakit kencing manis itu. Yang mampu baginya hanyalah mendengar apa yang dibicarakan orang ramai. Sekali sekala tangan merasakan akan hadirnya wang yang dihulur orang ramai yang bersimpati dengan nasibnya dan juga ibunya.

Oleh itu AMAL bersama PAS cawangan balok, Muslimat dan Nisa' Indera Mahkota mengadakan gotong royong pada 30 nov 2008.

Akhir kata, saya merayu kepada sesiapa yang bersimpati dengan nasib Mak Uda dan saudara Zul, supaya kita bersama sama berganding bahu menghulurkan bantuan sama ada berupa bentuk wang tunai ataupun makanan. Sumbangan boleh dihulurkan terus ke rumah mereka yang beralamat :

B 25 Kampong Balok
26100 Kuantan Pahang

Atau boleh berhubung dengan akhi Firdauz (Ketua Badan Unit Amal PAS Kawasan Indera Mahkota) di talian (019-9275154)

Mudah mudahah dengan sumbangan ikhlas yang telah anda hulurkan, kita doakan supaya ianya akan dilimpahi dengan keberkatan yang luas oleh Allah swt.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AKHI JOHARI (AJK AMAL INDERA MAHKOTA)



30 nov 2008 tarikh gembira bagi anggota amal Akhi Mohd Johari dengan pasangannya Mahani yang telah dilangsungkan. Menyambut menantu, telah diadakan di Rumah Johari pada hari tersebut di Kampung Batu Hitam, Beserah, Kuantan diadakan dengan sahabat handai serta saudara mara menyerikan majlis perkahwinan. Anggota Amal Indera Mahkota turut menyerikan majlis tersebut. Sebelum itu majlis akad nikah diadakan di rumah Mahani di Pulau Melaka, Kelantan.